Ahad, 22 Februari 2015

BAB 3 HAK KANAK-KANAK DI MALAYSIA

Hak Kanak-Kanak Di Malaysia

Kerajaan Malaysia telah mengesahkan dan menandatangani beberapa konvensyen dalam komitmen kepada perlindungan kanak-kanak di negara ini seperti berikut:

  • Konvensyen Hak Asasi Kanak-Kanak pada 19 Mac 1995
  • Konvensyen Penghapusan Semua bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita pada 4 Ogos 1995.
  • Konvensyen Pertubuhan Buruh Antarabangsa 182 pada 10 November 2000.

Di Malaysia, beberapa bentuk perundangan telah dibentuk dalam konteks melindungi Kanak-Kanak iaitu:

  • Akta Perlindungan Kanak-Kanak 1991 (Akta 468) – mengenai pemuliharaan dan perlindungan kanak-kanak yang memerlukan perlindungan.
  • Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 (Akta 308) – berkaitan dengan pendaftaran, pengawalan dan pemeriksaan taman-taman asuhan kanak-kanak.
  • Akta Pengangkutan Anak Angkat 1952 - Pengambilan Anak Angkat 
  • Akta Kanak-Kanak 2001 (Pindaan 2002) – memastikan perlindungan, pemuliharaan dan pembangunan untuk kanak-kanak.





Usaha-Usaha Dalam Melindungi Kanak-Kanak

Kerajaan telah berusaha untuk melindungi kanak-kanak di Malaysia dengan pelbagai cara. Antara caranya ialah seperti:

  • Meningkatkan penyertaan ahli masyarakat dalam aktiviti pencegahan dan pemulihan.
  • Pasukan Pelindung Kanak-Kanak ditubuhkan di peringkat daerah dan negeri.
  • Pasukan Mengesan Penderaan Kanak-Kanak dan Kanak-Kanak Terabai (SCAN) ditubuhkan di hospital-hospital daerah dan negeri.
  • Akta Pusat Jagaan Kanak-Kanak 1985 dikaji semula untuk memantapkan penguatkuasaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan