Konsep Burnout
Istilah teacher burnout digunakan pertama kali oleh ahli psikologi Freudenberger (Wood,2000). Bournout merujuk kepada kehilangan minat oleh pekerja terhadap orang-orang yang berkerja dengannya (Maslach,1976; Seidman & Zager, 1837, dlm Aeria, 1995).
Tanda-Tanda Burnout
- Setiap hari perasaan bagaikan kelesuan menusuk jiwa, sentiasa berdepan dengan rintangan yang sukar ditangani.
- Tanggungjawab tugas profesional dianggap usaha yang sia-sia dan tidak bermanfaat.
- Prestasi dan hubungan interpersonal merosot di tempat kerja dan rumah.
Punca-punca Burnout Guru
Burnout
- Gaya hidup
- Personaliti guru
- Tekanan kerja
- Kurang pengiktirafan atas tugas yang baik
Tanda-tanda dan simptom Burnout
Burnout merupakan satu proses yang berlaku secara beransur-ansur dalam suatu tempoh yang panjang. Tanda-tanda awal dan simptom burnout akan wujud dan menjadi lebih ketara jika tidak dikesan dengan cepat.
Langkah-langkah Menangani Burnout
Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Justeru, adalah lebih baik burnout ini dicegah dengan segera setelah dikenal pasti. Antara langkah yang boleh diambil ialah:
- Latihan atau sesi pengenduran untuk peserta meregangkan badan.
- Membuat meditasi
- Membaca sesuatu yang memberikan inspirasi atau menulis jurnal.
- Bengkel pengurusan masa.
- Program permentoran untuk guru novis.
- Bengkel pengurusan stres serta aktiviti peningkatan profesional.
- Latihan pemakanan.
- Menambah baik keadaan bekerja.
Secara kesimpulannya, guru perlu meningkatkan kecerdaan emosi untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan gelaja burnout dan dalam masa yang sama mewujudkan suasana kerja yang kondusif.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan