Ahad, 22 Februari 2015

BAB 4 PUNCA DAN TANDA STRES DALAM KALANGAN GURU

Punca-Punca Stres

Pada masa sekarang, guru mempunyai tugas-tugas lain yang mencabar selain daripada mengajar. Dengan pertambahan tugas tersebut, ramai guru mengalami stres. Menurut kajian daripada Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP), stres dalam kalangan guru dikenal pasti atas faktor:

  • Tekanan oleh ibu bapa pelajar.
  • Beban tugas.
  • Prospek kenaikan pangkat.
  • Penilaian untuk kenaikan gaji yang tidak adil.
  • Keinginan untuk mengajar.
  • Infrastruktur dan lokasi sekolah.


Tanda-Tanda Simptom Stres

Stres boleh dikenal pasti berdasarkan simptom-simptom yang dipaparkan oleh perilaku seperti:

  • Masalah ingatan.
  • Kurang beri tumpuan.
  • Membuat penilaian tidak tepat.
  • Sakit sendi, cirit birit atau sembelit.
  • Sakit kepala, pening.
  • Makan lebih atau kurang.
  • Tidur lebih atau kurang.
  • Suka menyendiri dan sebagainya.


Langkah-Langkah Menangani Stres

Terdapat beberapa langkah yang boleh menjauhkan dan mengelakkan seorang guru daripada stres. Antara langkahnya ialah:

  • Belajar mengatakan tidak atau tidak mahu dalam kehidupan peribadi atau profesional (asertif).
  • Mengelakkan individu yang boleh menyebabkan menghadapi stres.
  • Tambah dan kuatkan hubungan rakan-rakan sekerja.
  • Berkongsi pandangan dan luahan dengan rakan atau ahli keluarga yang boleh dipercayai.
  • Menggalakkan diri dalam kumpulan perbincangan atau forum.
  • Menulis jurnal dan menilai kelemahan diri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan