Ahad, 22 Februari 2015

BAB 2 AKTA PENDIDIKAN 1996


Akta pendidikan merupakan satu bentuk perundangan yang lengkap, kemas kini dan bersifat futuristik sebagai persediaan menghadapi Wawasan 2020.

Maklumat berkaitan Akta Pendidikan 1996:

  • Menegaskan ilmu merupakan penentu utama arah tuju negara dan penyelamat bangsa.
  • Merupakan satu misi negara menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti untuk memperkembangkan potensi individu.
Akta Pendidikan 1996 merupakan lanjutan dan pembaharuan dari Akta Pelajaran 1961 bertujuan memantapkan sistem pendidikan kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita-cita Malaysia untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan bertaraf dunia. 

Sistem Pendidikan Kebangsaan terdiri daripada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan lepas menengah dan pendidikan tinggi. Dalam masa yang sama, terdapat 3 jenis sekolah dalam Sistem Pendidikan Malaysia ialah sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan sekolah swasta. Dalam pada itu, terdapat 2 kategori sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan iaitu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan. 

Akta Pendidikan 1996 menampilkan kesinambungan kepada hasrat dan dasar pendidikan yang sedia ada. Akta ini berpaksi kepada perakuan utama Penyata Razak 1956 yang menjadi asas dasar pendidikan kebangsaan. Akta baru ini juga banyak mengekalkan peruntukan yang masih relevan daripada Akta Pelajaran 1961. Tujuan penggubalan Akta Pendidikan 1996 adalah untuk memperluaskan skop dan memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan.

Akta Pendidikan 1996 juga memperuntukkan program Pendidikan Khas untuk murid yang memerlukan pendidikan khas dan tempoh pembelajaran tidak boleh kurang daripada tempoh minimum pendidikan rendah dan menengah. Selain itu, dalam akta ini, pengajaran Agama Islam diajar sekiranya terdapat 5 atau lebih murid yang beragama Islam. Pengajaran agama selain agama Islam juga dibenarkan tetapi murid harus mendapat persetujuan ibu bapa secara bertulis. 


Bahasa Kebangsaan digunakan sebagai bahasa pengantar utama dalam semua institusi pendidikan kecuali sekolah jenis kebangsaan atau mana-mana institusi lain yang dikecualikan. Jika bahasa pengantar di sebuah institusi bukan bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan hendaklah dijadikan mata pelajaran wajib. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan