Ahad, 22 Februari 2015

BAB 2 TINDAKAN TATATERTIB

Sebagai penjawat awam, guru hendaklah mematuhi peraturan yang termaktub dalam undang-undang dan perlanggaran akan menyebabkan tindakan tatatertib dikenakan. Satu jawatankuasa akan dibentuk tidak kurang daripada dua anggota dan anggota jawatankuasa penyiasat adalah mereka yang menjawat jawatan lebih tinggi daripada mereka yang disiasat. 


Hukuman yang dikenakan termasuklah:
  • Amaran (diberi secara lisan dan bertulis oleh ketua jabatan).
  • Denda atau lucut hak emolumen1 (denda yang dikenakan tidak boleh melebihi amaun yang sama banyak dengan emolumen bagi 7 hari pegawai berkaitan)
  • Denda atau lucut hak emolumen dipotong daripada emolumen bulanan pegawai dan dimasukkan dalam hasil kerajaan.
  • Tangguh pergerakan gaji (tiada pergerakan gaji dalam tempoh hukuman).
  • Turun Gaji (gaji turun secara mendatar, tidak melebihi tiga pergerakan gaji, tempoh hukuman tidak kurang daripada dua belas bulan dan tidak lebih 36 bulan).
  • Turun pangkat (dijalankan oleh pihak berkuasa tatatertib).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan