Ahad, 22 Februari 2015

Bab 1 ISU DAN CABARAN SEMASA

Konsep Isu Dan Cabaran Pendidikan

Menurut Kamus Dewan (2007), isu merujuk kepada perkara pokok atau persoalan yang dibincangkan. Cabaran pula merujuk kepada sesuatu unsur atau faktor yang menguji kemampuan dan ketabahan sesuatu organisasi. Misi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah untuk membangunkan potensi individu melalui pendidikan berkualiti dan untuk itu, Pelan Pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025 telah diperkenalkan pada 11 September 2012.



Objektif Pelan pembangunan Pendidikan (PPP) 2013-2025

  • Memahami prestasi dan cabaran semasa sistem pendidikan Malaysia berfokuskan penambahbaikan akses kepada pendidikan, meningkatkan standard (kualiti), merapatkan jurang pencapaian (ekuiti), menggalakkan perpaduan dalam kalangan murid serta memaksimumkan keberkesanan sistem.
  • Mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk sistem pendidikan dan setiap murid bagi 13 tahun yang seterusnya sehingga tahun 2025.
  • Menggariskan program transformasi yang menyeluruh untuk sistem pendidikan, termasuk perubahan utama dalam KPM, yang membolehkan sistem ini memenuhi permintaan baharu dan jangkaan yang meningkat serta menyokong transformasi perkhidmatan awam.

Sejak tahun 1997, dua cabaran pendidikan alaf baru kerap yang diutarakan ialah ledakan ilmu yang berbentuk global dan masalah sosial yang perlu ditangani dan diatasi untuk membentuk masyarakat madani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan