Ahad, 22 Februari 2015

BAB 1 PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Dewey (1966) mengatakan bahawa pendemokrasian pendidikan merujuk kepada penyediaan peluang yang terbuka untuk setiap orang bagi memperoleh kejayaan dalam pendidikan dan menjadikan pendidikan sebagai ejen bagi meningkatkan kejayaan dan kualiti hidup. Ahmad Fauzi (1997), Pendemokrasian pendidikan yang dimaksudkan bukanlah sekadar pendemokrasian sahaja tetapi ialah persamaan hak yang sama rata dari segi peluang mendapat pendidikan yang bermutu (democratization of access to quality education). Dalam konsep pendemokrasian pendidikan dasar-dasar penting telah dibentuk.



Dasar-dasar pendemokrasian pendidikan di Malaysia:

1. Perlaksanaan pendidikan wajib pada peringkat asas.
2. Perlaksanaan sekolah vernakular (sekolah Tamil dan Cina).
3. Pendidikan selama 13 tahun.
4. Sekolah teknikal, asrama penuh, pendidikan khas, swasta dan sek agama.
5. Peluang Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) peringkat tinggi.
6. Pendidikan sepanjang hayat.

Dalam melaksanakan pendemokrasian pendidikan, terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi:

1. Penyediaan infrastruktur yang lengkap dan mencakupi untuk semua pelajar.
2. Kemudahan asas sekolah dari segi bilangan bilik darjah, buku teks, pusat sumber dan sebagainya.
3. Sumber tenaga kerja (bilangan guru siswazah dan bukan siswazah).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan