Ahad, 22 Februari 2015

BAB 1 SEKOLAH WAWASAN DAN PERANAN GURU


Konsep Sekolah Wawasan diluluskan pada 1997 menggabungkan tiga buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks yang mana pelajarnya berkongsi kemudahan. Penubuhannya untuk mengeratkan perpaduan dalam kalangan pelajar. Penyatuan murid-murid dengan menggunakan satu bahasa yang sama iaitu bahasa kebangsaan dan dalam masa yang sama murid dapat memahami budaya, bahasa dan pemikiran kaum lain. 

Guru dianggap sebagai pembina negara bangsa kerana gurulah yang dapat membangunkan modal insan dan memastikan pembentukan jati diri murid yang Sekolah Wawasan dapat merapatkan kaum kukuh, berdaya saing, berkeyakinan tinggi damn berpegang teguh kepada agama dan nilai sejagat seterusnya menjadi menjadi warganegara yang glokal. Berdasarkan panduan KPM, peranan guru sebagai pembina negara bangsa dilaksanakan menerusi:

  • Memperkasa bahasa kebangsaan.
  • Memantapkan perpaduan negara dan integrasi nasional.
  • Memupuk kecintaan kerhadap seni, warisan, budaya dan bangsa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan