Ahad, 22 Februari 2015

BAB 1 GEJALA SOSIAL

Era globalisasi dan modenisasi yang berlaku sekarang ini bukan sahaja memberikan kesan positif, tetapi sebaliknya. Rentetan daripada ini, maka kebanyakan pelajar terlibat di dalam kebejatan sosial. Dalam masa yang sama, kecanggihan teknologi zaman ini merupakan penyebab berlakunya gejala sosial contohnya memuat naik gambar-gambar lucah menerusi telefon.

Amaludin dan Khadijah (2006) menyenaraikan 24 jenis gejala sosial yang melibatkan penghuni pusat pemulihan akhlak seperti merokok, menonton video lucah, putus cinta, mencuri, lari dari rumah, minum arak, mengambil pil khayal, berjudi, menyimpan gambar lucah, mengadakan hubungan luar nikah, memeras ugut, pecah rumah, menagih dadah, merogol, menyamun, makan rasuah, maksiat, bercerai dan jenayah bunuh dan sebagainya. 


Antara faktor penyebab gejala sosial ialah sikap ibu bapa dan cara mendidik anak-anak, sikap pelajar, pengaruh media massa, iklim bilik darjah, pengaruh rakan sebaya terhadap sikap agresif, ponteng sekolah, dan merosakkan harta benda sekolah. Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam menangani masalah ini dengan memupuk nilai-nilai murni di alam persekolahan. 

Antara tugas guru ialah: 
  • Guru sebagai pembimbing
  • Meningkatkan penglibatan kaunseling di peringkat sekolah
  • Gunakan pelbagai strategi dalam bilik darjah. 
  • Menerapkan nilai murni dalam program anjuran sekolah. 
Sekiranya masalah berlanjutan, penglibatan pihak berkuasa seperti pihak polis haruslah diutamakan. Pihak pentadbir sekolah pula haruslah merujuk masalah ini kepada pihak polis dan bukannya menyembunyikannya. Kerjasama pihak sekolah dan pihak polis dapat mengekang daripada gejala sosial terus berleluasa. bimbit berteknologi tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan