Ahad, 22 Februari 2015

BAB 1 GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Scholte (2000:16) menyatakan bahawa globalisasi merujuk kepada proses menyingkirkan batasan/sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka. Dalam konteks pendidikan, globalisasi ialah proses mengenepikan sekatan untuk mewujudkan dunia terbuka tanpa sempadan.



Impak globasasi dalam pendidikan:

  • Penggunaan bahasa inggeris sebagai bahasa ilmu dan bahasa antarabangsa.
  • Pendidikan negara terbuka kepada dunia luar.
  • Pertumbuhan cawangan universiti luar di dalam negara.
  • Peluang pendidikan semakin banyak dengan penubuhan intitusi swasta.
  • Kepentingan pengajaran sains dan teknologi.
  • Pembelajaran menggunakan teknologi untuk menguasai maklumat.
  • Perubahan peranan guru dalam bilik darjah.
  • Pembudayaan teknologi.
  • Penyediaan peluang pendidikan.
  • Aliran tenaga buruh atau sumber manusia dari luar masuk dalam negara.
  • Kemahiran berbahasa dalam pelbagai bahasa dapat mengatasi batasan untuk berkhidmat di mana-mana negara.
  • Transformasi kurikulum dalam pendidikan mengikut kehendak semasa.


Tugas guru dalam menyediakan murid menghadapi era globalisasi dan memenuhi hasrat Wawasan 2020:

  • Latih pelajar untuk berdikari dan bertanggungjawab atas pembelajaran sendiri.
  • Pelajar diberi peluang berfikir pada aras tinggi, meneroka idea dan mencipta inovasi.
  • Guru harus meningkatkan amalan profesionalisme selain mengemas kini maklumat agar sentiasa selari dengan arus perkembangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan