Ahad, 22 Februari 2015

BAB 1 KEPELBAGAIAN BUDAYA

Budaya bermaksud cara hidup manusia dari segi pemikiran, kepercayaan dan perlakuan dalam sesuatu mayarakat yang diterima oleh ahli anggotanya atau diwarisi secara turun temurun. Malaysia adalah sebuah negara yang unik kerana masyarakatnya terdiri daripada pelbagai kaum. 

Konsep kepelbagaian budaya harus difahami bersama. Salah satu cara untuk menyatupadukan rakyat adalah dengan membina negara bangsa dengan pemupukan semangat patriotisme dalam kalangan pelajar. Antara langkah pembinaan negara bangsa:

  • Penghayatan prinsip Rukun Negara.
  • Pendedahan tentang aspek kewarganegaraan dalam Pendidikan Moral.
  • Bidang pelajaran distrukturkan mengikut nilai-nilai yang berkaitan dengan perkembangan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
  • Pengajaran subjek Kajian Tempatan di sekolah dan subjek Sejarah di sekolah menengah.

Contoh situasi bagaimana guru dapat menangani cabaran kepelbagaian budaya serta mewujudkan situasi bilik darjah mesra budaya:
  • Guru tahu secara mendalam mengenai budaya murid (contoh :lawatan, jemputan ke rumah)
  • Guru wujudkan peluang mengumpul maklumat dalam kalangan pelajar (contoh : berbincang dan berkongsi ilmu)
  • Guru guna bahan kurikulum yang mewakili kumpulan etnik. (contoh : topik pakaian tradisional).
  • Guru wujudkan peluang murid memahami budaya lain (contoh : program sekolah anak angkat).


Tiada ulasan:

Catat Ulasan