Ahad, 22 Februari 2015

BAB 5 STRATEGI PDP YANG INOVATIF

Pembelajaran Berasaskan Projek (PBP)
  • Suatu kaedah pengajaran sistematik yang melibatkan pelajar dalam pembelajaran pengetahuan/kemahiran melalui proses inkuiri lanjutan yang dibina berdasarkan persoalan asli dan direka untuk menghasilkan produk atau tugasan.
  • Berbentuk projek ringkas ikut mata pelajaran yang ada tempoh masa dalam 1-2 minggu.
  • Projek jangka masa panjang (setahun, merentas kurikulum dan penglibatan komuniti luar sekolah.
Ciri-ciri PBP Synteta 
  • Berpusat kurikulum, gabungan beberapa mata pelajaran
  • Berpusat pelajar, berasas kumpulan pembelajaran koperatif/kolaboratif, 
  • Membawa penghasilan positif, penaksiran berasakan prestasi.

Langkah-langkah melaksanakan PBP
  • Tugasan (mengemukakan permasalahan, cipta objek dan cipta suatu cara baharu)
  • Menganalisis masalah (bincang bagi kenal pasti masalah)
  • Meneroka masalah (menyiasat masalah secara bersama setelah mengumpul maklumat.
  • Membuat perkaitan(pelajar berkumpul semula, bincang masalah yang dihadapi, buat rumusan, perbandingan dengan permasalahan baru yang serupa)
  • Membuat refleksi(pelajar buat refleksi tentang proses pembelajaran dan perbincangan

Peranan Guru Dalam Memastikan Kejayaan PBP
  • Membantu pelajar mengenali strategi pembelajaran mereka.
  • Belajar teknik pengurusan yang mutakhir.
  • Menggunakan alat pengukuran informal untuk menaksir pembelajaran pelajar
  • Mewujudkan bilik darjah yang mengutamakan pembelajaran bukannya penerokaan jawapan dan pertandingan.

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Objektif PBM
Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah:
  • Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.
  • Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran membuat keputusan.
  • Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.
  • Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.
  • Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif 
(Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin, 2005)


Ciri-ciri PBM
Definisi awal PBM memperkenalkan Model Klasik oleh Barrow dan Tamblyn (1980) yang dinyatakan dalam penulisan Baden dan Mojor (2004) yang mempunyai ciri-ciri seperti:
  • Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak mempunyai jawapan yang betul atau salah
  • Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan mengembangkan pelbagai penyelesaian
  • Pelajar memperolehi informasi baru melalui pembelajaran kendiri
  • Pensyarah sebagai pembimbing,
  • Masalah akan memandu ke arah perkembangan keupayaan penyelesaian masalah ilmu perubatan.
Perlaksanaan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM)
Menurut Lynda Wee (2004), terdapat tujuh langkah dalam menerangkan proses PBM. Langkah-langkah tersebut ialah seperti berikut:
  • Pembahagian Kumpulan- Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan kumpulan akan dibentuk.
  • Mengenalpasti Masalah- Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti dan mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar, klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk kepada penyelesaian masalah tersebut
  • Menjana Idea- Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea yang dapat membantu dalam proses penyelesaian masalah tersebut.
  • Isu Pelajaran- Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu mereka untuk menyelesaikan masalah serta mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk menyelesaikan masalah yang diberikan.
  • Pembelajaran Kendiri- Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan merumuskan informasi-informasi yang relevan dan logik dengan masalah yang diberikan.
  • Sintesis dan Aplikasi- Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mula berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan membuat penerangan terhadap penyelesaian yang diambil.
  • Refleksi dan Tindak Balas- Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan dalam kumpulan masing-masing. Ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran yang paling diperlukan ialah kemahiran menyelesaikan masalah. 

Proses Menyelesaikan Masalah
Menurut George Polya (1957), sesuatu masalah boleh diselesaikan melalui empat langkah penyelesaian iaitu:
  • Memahami masalah iaitu menentukan apa yang hendak diselesaikan dan maklumat yang berkaitan dengannya
  • Menyediakan rancangan penyelesaian iaitu mencari perkaitan antara maklumat yang diberi dengan penyelesaian
  • Melaksanakan rancangan iaitu melaksanakan apa yang dirancang dengan teliti, langkah demi langkah
  • Menyemak jawapan iaitu menyemak ketepatan dan kesesuian hasil penyelesaian dengan apa yang hendak diselesaikan.
Kelebihan PBM
Menurut Montgomery (2000), antara kelebihan utama PBL berbanding strategi pembelajaran lain yang dicadangkan oleh teori konstruktivisme ialah rangsangan atau stimulasi yang berjaya dihasilkan olehnya dalam membentuk kognitif pelajar agar lebih bersifat ingin tahu.

Pembelajaran Elektronik (e-learning)
Adalah satu istilah umum yang merujuk kepada pembelajaran yang berlaku dengan
menggunakan komputer dan internet, CD Rom, televisyen interaktif atau siaran
melalui satelit berlaku di mana-mana atau pada bila-bila masa mengikut keperluan
pelajar menghasilkan pengalaman dan penguasaan kemahiran dan pengetahuan
baru.
Ciri-Ciri Pembelajaran Elektronik
  • mengikut kadar kendiri pelajar
  • boleh dicapai oleh ramai pelajar
  • boleh dicapai di mana-mana dengan talian internet
  • memenuhi pelbagai gaya pembelajaran

Pembelajaran Berasaskan Laman Sesawang
  • Merupakan sejenis pembelajaran dalam talian yang menggunakan gabungan streaming video, power point, audio dan perisian lain dalampenyampaian P&P.
  • Terdapat 7 fungsi penting laman sesawang dalam pembelajaran iaitu pengumuman berdasarkan masa sebenar, teks, html, spread sheet, video, pautan luaran, buku gred, laman diskusi, kuiz automatik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan