- Menggunakan medium persembahan penyampaian seperti slaid, audio dan tayangan video
- Penggunaan sumber internet dalam pengajaran
- Penggunaan email, papan maklumat, blog dan portal mewujudkan komunikasi antara penyampai dengan penerima
- Menyenaraikan laman sesawang dan e-jurnal dalam senarai bacaan seperti perpustakaan maya
- Memasukkan database dan dataset dalam pengajaran
- Menggunakan teknologi baharu dalam ujian dan undian dalam bilik darjah.
Persekitaran Bilik Darjah Maya (virtual Learning)
- Pembelajaran berlaku secara online sepenuhnya atau secara gabungan (online dan pertemuan formal) yang dikenali sebagai blended pada peringkat kolej@universiti
- Kawalan terhadap pembelajaran dibuat oleh institusi yang menyediakan portal pembelajaran
- Maklumat dan aktiviti pembelajaran dimuatkan dalam portal pembelajaran.
- Pelajar perlu berdaftar.
- Persekitaran pembelajaran maya meliputi penggunaan papan buletin tidak mementingkan hubungan sosial dengan pengguna.
- Perkembangan pesat internet boleh membawa perubahan pesat terhadap penggunaan portal pembelajaran dan perisian sosial untuk tujuan pembelajaran.
Teknologi e-pembelajaran membuka laluan pengajaran dan pembelajaran secara maya (melalui internet) dengan mudah dan pantas.
Guru dan pelajar dapat berinteraksi tanpa perlu bersemuka melalui teknologi berinovatif ini.
Perkembangan resos pembelajaran berasaskan teknologi ICT
- e-buku- Ialah buku dalam bentuk elektronik, memuatkan kandungan yangsama dengan buku dalam bentuk cetakm, mempunyai ciri-ciri tambahan iaitu terdapat pautan, fungsi carian, fungsi highlighting dan bahagian mengambil nota.
- e-majalah- Majalah dalam bentuk elektronik, mempunyai ciri-ciri yang sama dengan majalah bercetak tetapi disertakan fungsi-fungsi elektronik seperti e-buku, mudah dicapai melalui internet untuk dijadikan rujukan pada bila-bila masa, guru dapat membimbing(scaffold) dengan menambah nota, saranan, tugasan untuk mengarah pembelajaran atau memberi fokus kepada aspek penting.
- e-portfolio- Satu alat interaktif dinamik yang memuatkan pengumpulan bahan pembelajaran pelajar, artifak, catatan interkasi guru dengan pelajar atau pelajar dengan pelajar lain, sejauh mana perkembangan pembelajaran termuat dalam e-portfolio, hal ini memudahkan guru memantau dan membimbing pelajar mengikut keperluan.
- blog dan forum- Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca, menulis, memberi respons, berkolaborasi dan berbincang dalam talian, membolehkan pelajar berkongsi pengalaman dan pandangan, melalui blog dan forum, pelajar introvert dan pendiam juga bermotivasi untuk melibatkan diri, kemahiran berfikir aras tinggi dapat dikembangkan.
Senarai teknologi boleh digunakan:
• Personal digital assistants (PDA)
• MP3
• CD-ROM
• Web 2.0 tools
• Laman sesawang/web
Tiada ulasan:
Catat Ulasan