Ahad, 22 Februari 2015

BAB 5 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE)
Pelajar hari ini dikenali generasi internet. Perkembangan teknologi mempengaruhi sistem pendidikan seluruh dunia. PLE ini terbahagi kepada 2 iaitu: 
  • Persekitaran pembelajaran personal (PLE) 
  • Persekitaran bilik darjah maya (vitual classroom)

PLE (Personal Learning Environment)
  • Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
  • Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.
  • Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian contoh perisian ialah youtube, facebook, flickers, skype
  • Interaksi sosial melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial
  • Pelajar sendiri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya
  • Memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat
  • Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
PENAKSIRAN PEMBELAJARAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

  • Aktiviti menghurai,
  • Mengumpul,
  • Merekod,
  • Memberi skor dan,
  • Menginterpretasi 

Penilaian formatif 
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklumbalas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Penilaian sumatif 
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaianseorang p dengan p lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/pengredan.


Tujuan Penaksiran
  • Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
  • Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
  • Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
  • Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  • Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  • Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian
  • Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
  • Sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
  • Merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Tujuan Penilaian
  • Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
  • Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
  • Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
  • Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Jenis Penaksiran
  • Penaksiran pembelajaran
  • Penaksiran prestasi
  • Penaksiran berasaskan portfolio
  • Penaksiran kendiri
  • Penaksiran berasaskan komputer

Tiada ulasan:

Catat Ulasan