Ahad, 22 Februari 2015

BAB 6 INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

Definisi Perubahan
Perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama adalah untuk meningkatkan pencapaian melalui penambah baikan dalam pelaksanaan dan amalan (Carlopio,1998). Manakala menurut Kamus Dewan, perubahan ialah peralihan atau pertukaran.

Definisi Inovasi
Inovasi ialah cara atau pendekatan terkini dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia. Perubahan diperlukan bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan pelbagai isu dan permasalahan ditemukan. Maka, daripada dapatan tersebut, penambahbaikan dapat dilakukan.


STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
Pengurusan inovasi dan perubahan dalam pendidikan di Malaysia memerlukan pendekatan yang menjurus ke arah pembinaan modal insan Malaysia yang memiliki peribadi unggul apabila rakyat Malaysia sama seperti rakyat di negara maju yang lain, tetapi sebaliknya memiliki peribadi mulia, menjunjung budaya bangsa dan negara.

Strategi perubahan
  • Strategi Perubahan - Pihak atasan guna autoriti formal dan kawalan untuk paksa sasaran berubah.
  • Strategi Pujukan - Memerlukan kemahiran interpersonal, logik dan kebijaksanaan bagi meyakinkan sasaran tentang kebaikan perubahan yang dibawa.
  • Strategi Pendidikan Semula - Guna maklumat baru yang disediakan oleh agen perubahan dan
  • serahkan ia kepada sasaran untuk tentukan rancangan sendiri.
  • Strategi Pemudah Cara - Sasaran tentukan rancangan yang dipilih, agen perubahan hantar sumber yang diperlukan (barangan dan khidmat teknikal).
Pembinaan Negara Bangsa (PNB)
PNB bermaksud proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi sehingga wujud satu persekutuan yang menjamin keselamatan politik dan mampu dipertahankan dalam masa yang panjang.


Antara hasrat yang ingin dicapai ialah:
  • Rakyat yang ada jati diri dan imej Malaysia
  • Modal insan cemerlang/berminda kelas pertama yang glokal
  • Sumber manusia yang berkualiti
  • Proses lengkap membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan