Ahad, 22 Februari 2015

BAB 6 PENGURUSAN DAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Pengurusan Pendidikan
Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. Aspek dalam pendidikan merangkumi beberapa perkara iaitu:

Kepimpinan
a. Pemimpin memimpin (menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukakan oleh ahli).
b. Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan.
c. Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat.
d. Mengutamakan elemen kemanusiaan.

Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif
a. Pendekatan Berpusatkan Murid.
b. Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran.

Landskap Maklumat
a. Pusat sumber.
b. Peranan guru.


Transformasi Dalam Kurikulum

  • Satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah. Ia memerlukan pengetahuan dan pemahaman tentang semua bahagian dalam pendidikan.
  • Agen perubahan perlu bantu komuniti bangunkan visi dalam sistem pendidikan yang ideal dan melibatkan semua pihak agar berminat dengan visi baru. Transformasi dibuat bagi menjamin kesesuaian kurikulum untuk hadapi cabaran dan perubahan semasa.
  • Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) membawa elemen terkini bagi memastikan kurikulum tersebut penuhi keperluan semasa
Sekolah Bestari
Sekolah Bestari ialah pendemokrasian pendidikan yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Ciri-Cirinya ialah:
  • Murid berupaya belajar ikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran sendiri.
  • Guru adaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan ambil kira keperluan dan kebolehan murid agar selaras dengan pengalaman murid.
  • Persekitaran sekolah kondusif.
  • Penaksiran berterusan.
  • Guru Besar sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh tenaga pengajar yang profesional dan berkaliber.
  • Ibu bapa dan komuniti sokong pendidikan bestari.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam NKRA yang ke-3: Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

4 sub-NKRA:
  • Perluas dan mantapkan pendidikan prasekolah
  • Tingkatkan kadar literasi dan numerasi
  • Wujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
  • Iktiraf Pengetua dan Guru Besar cemerlang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan