Ahad, 22 Februari 2015

BAB 6 ADAPTASI PELBAGAI INOVASI DAN PERUBAHAN

Latihan Perguruan

  • Naik Taraf Maktab Perguruan Ke Institut Pendidikan Guru (IPG)
  • Sijil Perguruan dan Diploma Perguruan kepada Ijazah Sarjana Muda Perguruan
  • IPG melatih guru pada peringkat ijazah, menawarkaln latihan perguruan kepada lepasan ijazah dari universiti tempatan dan luar negara (KPLI).
Kurikulum Latihan Perguruan

Pendidikan Awal Kanak-kanak
        
      Program Permata                                 Program Prasekolah KPM

Literasi dan Numerasi

Kompetensi Bahasa Inggeris
BI sebagai bahasa perantaraan antarabangsa dan bahasa ilmu.
Kursus BI wajib di IPG/IPTA 
Penguasaan BI bagi membolehkan rakyat berada di peringkat antarabangsa 
Bersaing dalam bidang sains & teknologi. 


Kemahiran TMK
Pembudayaan Penggunaan TMK di sekolah:
Merekodkan Sistem Maklumat Murid
E-nilam
Urusan Pernaziran
Urusan Perkhidmatan semua bahagian & kementerian
Urusan akademik

Kemahiran Insaniah (KI)
kemahiran belajar
kemahiran bekerja sebagai satu pasukan
kemahiran pembelajaran sepanjang hayat
kemahiran pengurusan emosi
kemahiran komunikasi

Pendekatan Terkini dalam PdP
Kes Metodologi
Pengurusan Portfolio
Pembelajaran Berasaskan Projek
Pembelajaran Berasaskan Masalah
Perubahan Bilik Darjah Tradisional kepada Moden


Program Pensiswazahan Guru

PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU (PKPG)
  • untuk mensiswazahan guru sekolah menengah
  • guru berpeluang melanjutkan pengajian peringkat ijazah di universiti
  • kerjasama antara IPTA dan IPGM

PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)
  • untuk mensiswazahkan guru sekolah rendah
  • guna kurikulum Ijazah Sarjana Muda Perguruan iaitu mod Kursus dalam Cuti
  • guru ikuti pengajian semasa cuti sekolah

PROGRAM KHAS PENSISWAZAHAN GURU BESAR (PKPGB)
  • dilaksanakan d Institut Aminuddin Baki
  • supaya Guru Besar sekolah rendah memiliki ijazah
  • berkolaborasi dengan UPSI
  • pengajian 3 tahun
 

BAB 6 PENGURUSAN DAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN

Pengurusan Pendidikan
Pendidikan ialah asas dalam pembinaan modal insan bagi sesebuah negara. Aspek dalam pendidikan merangkumi beberapa perkara iaitu:

Kepimpinan
a. Pemimpin memimpin (menggunakan pendekatan perkongsian idea yang meneliti setiap keputusan yang dikemukakan oleh ahli).
b. Visi yang jelas dalam pengurusan perubahan.
c. Menumpukan perhatian khusus pada setiap perubahan yang dibuat.
d. Mengutamakan elemen kemanusiaan.

Pengurusan Bilik Darjah Yang Kondusif
a. Pendekatan Berpusatkan Murid.
b. Kemudahan Pengajaran dan Pembelajaran.

Landskap Maklumat
a. Pusat sumber.
b. Peranan guru.


Transformasi Dalam Kurikulum

  • Satu bentuk perubahan yang perlu dilakukan memandangkan asas perubahan yang hendak dibawa bermula di sekolah. Ia memerlukan pengetahuan dan pemahaman tentang semua bahagian dalam pendidikan.
  • Agen perubahan perlu bantu komuniti bangunkan visi dalam sistem pendidikan yang ideal dan melibatkan semua pihak agar berminat dengan visi baru. Transformasi dibuat bagi menjamin kesesuaian kurikulum untuk hadapi cabaran dan perubahan semasa.
  • Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) membawa elemen terkini bagi memastikan kurikulum tersebut penuhi keperluan semasa
Sekolah Bestari
Sekolah Bestari ialah pendemokrasian pendidikan yang membuka peluang belajar kepada semua murid tanpa mengira status dan aras pencapaian dalam mencapai potensi sepenuhnya dalam cara yang paling sesuai dengan gaya pembelajaran murid. Ciri-Cirinya ialah:
  • Murid berupaya belajar ikut keperluan, kebolehan dan gaya pembelajaran sendiri.
  • Guru adaptasi kurikulum kebangsaan yang luas dengan ambil kira keperluan dan kebolehan murid agar selaras dengan pengalaman murid.
  • Persekitaran sekolah kondusif.
  • Penaksiran berterusan.
  • Guru Besar sebagai pemimpin pendidikan dan disokong oleh tenaga pengajar yang profesional dan berkaliber.
  • Ibu bapa dan komuniti sokong pendidikan bestari.

Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
Piawai kepada pencapaian anggota pentadbiran dan penjawat awam NKRA yang ke-3: Meluaskan Akses kepada Pendidikan Berkualiti dan Berkemampuan

4 sub-NKRA:
  • Perluas dan mantapkan pendidikan prasekolah
  • Tingkatkan kadar literasi dan numerasi
  • Wujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)
  • Iktiraf Pengetua dan Guru Besar cemerlang

BAB 6 INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

KEPENTINGAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN

Definisi Perubahan
Perubahan ialah penerimaan inovasi apabila matlamat utama adalah untuk meningkatkan pencapaian melalui penambah baikan dalam pelaksanaan dan amalan (Carlopio,1998). Manakala menurut Kamus Dewan, perubahan ialah peralihan atau pertukaran.

Definisi Inovasi
Inovasi ialah cara atau pendekatan terkini dalam melaksanakan sesuatu yang bermanfaat dalam kehidupan manusia. Perubahan diperlukan bagi memastikan amalan terkini diguna pakai selaras dengan dapatan penyelidikan pelbagai isu dan permasalahan ditemukan. Maka, daripada dapatan tersebut, penambahbaikan dapat dilakukan.


STRATEGI PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN
Pengurusan inovasi dan perubahan dalam pendidikan di Malaysia memerlukan pendekatan yang menjurus ke arah pembinaan modal insan Malaysia yang memiliki peribadi unggul apabila rakyat Malaysia sama seperti rakyat di negara maju yang lain, tetapi sebaliknya memiliki peribadi mulia, menjunjung budaya bangsa dan negara.

Strategi perubahan
  • Strategi Perubahan - Pihak atasan guna autoriti formal dan kawalan untuk paksa sasaran berubah.
  • Strategi Pujukan - Memerlukan kemahiran interpersonal, logik dan kebijaksanaan bagi meyakinkan sasaran tentang kebaikan perubahan yang dibawa.
  • Strategi Pendidikan Semula - Guna maklumat baru yang disediakan oleh agen perubahan dan
  • serahkan ia kepada sasaran untuk tentukan rancangan sendiri.
  • Strategi Pemudah Cara - Sasaran tentukan rancangan yang dipilih, agen perubahan hantar sumber yang diperlukan (barangan dan khidmat teknikal).
Pembinaan Negara Bangsa (PNB)
PNB bermaksud proses pembinaan atau pembentukan sebuah negara bangsa menggunakan kuasa yang ada pada pemerintah, di mana prosesnya bertujuan menyatupadukan rakyat tanpa mengira bangsa dan lokasi sehingga wujud satu persekutuan yang menjamin keselamatan politik dan mampu dipertahankan dalam masa yang panjang.


Antara hasrat yang ingin dicapai ialah:
  • Rakyat yang ada jati diri dan imej Malaysia
  • Modal insan cemerlang/berminda kelas pertama yang glokal
  • Sumber manusia yang berkualiti
  • Proses lengkap membentuk tenaga kerja yang berilmu, berakhlak, berkemahiran, berdaya saing dan berdaya tahan.

BAB 5 PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

PERKEMBANGAN PERSEKITARAN PEMBELAJARAN

Persekitaran Pembelajaran Personal (PLE)
Pelajar hari ini dikenali generasi internet. Perkembangan teknologi mempengaruhi sistem pendidikan seluruh dunia. PLE ini terbahagi kepada 2 iaitu: 
  • Persekitaran pembelajaran personal (PLE) 
  • Persekitaran bilik darjah maya (vitual classroom)

PLE (Personal Learning Environment)
  • Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
  • Pembelajaran formal dan informal boleh berlaku.
  • Maklumat isi pelajaran diperoleh melalui pelbagai media dan perisian contoh perisian ialah youtube, facebook, flickers, skype
  • Interaksi sosial melalui penggunaan pelbagai media dan perisian sosial
  • Pelajar sendiri yang menentukan arah dan hala tuju pembelajarannya
  • Memenuhi konsep pembelajaran sepanjang hayat
  • Pembelajaran berlaku secara online dalam pelbagai bentuk pilihan pelajar.
PENAKSIRAN PEMBELAJARAN
Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan proses pembelajaran yang merangkumi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu.

  • Aktiviti menghurai,
  • Mengumpul,
  • Merekod,
  • Memberi skor dan,
  • Menginterpretasi 

Penilaian formatif 
Penilaian dijalankan secara berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperoleh dapat memberi maklumbalas tentang sejauh mana sesuatu hasil pembelajaran telah dikuasai. Dapat mengetahui tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid dan mengambil tindakan susulan yang sewajarnya.

Penilaian sumatif 
Penilaian sumatif dikaitkan dengan penilaian pada akhir semester atau tahun. Penilaian ini memberikan nilai yang membezakan pencapaianseorang p dengan p lain dan seringkali digunakan untuk membuat pemilihan/pengredan.


Tujuan Penaksiran
  • Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran
  • Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran
  • Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.
  • Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.
  • Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.
  • Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.
  • Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran.

Penilaian
  • Penilaian merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam pembelajaran.
  • Sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.
  • Merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.
Tujuan Penilaian
  • Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap pembelajaran.
  • Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.
  • Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan pengajaran mereka.
  • Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan segera memperbaikinya.

Jenis Penaksiran
  • Penaksiran pembelajaran
  • Penaksiran prestasi
  • Penaksiran berasaskan portfolio
  • Penaksiran kendiri
  • Penaksiran berasaskan komputer